Kali ini dia memilih kumpulan Eve yang dianggotai oleh Yanie Hassan, Asila Osmera dan Evie Roslan untuk melaksanakan hasrat tersebut.
Mereka telah melakukan rakaman lagu pada 9 Disember lalu di studio milik AG, anggota kumpulan Hujan iaitu Kamar Seni di Taman Tasik Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur.
Lagu tersebut digubah sepenuhnya oleh Izwan dan muziknya disusun oleh AG (Coco). Menariknya, Izwan menganggap lagu ini menceritakan tentang kemesraan antara orang Malaysia dan orang Singapura.
“Sepatutnya, saya melakukan projek istimewa ini dengan Maiya tetapi selepas tiga tahun menanti, akhirnya ditakdirkan dengan Eve. Maiya tidak dapat bekerjasama dengan saya kerana terikat dengan komitmen lain.
“Bagaimanapun, saya tidak kecewa kerana tidak mendapat Maiya. Hikmah sebaliknya, saya mendapat tiga orang penyanyi dalam satu kumpulan dan sekurang-kurangnya saya mampu menghasilkan lagu dengan gabungan suara yang berbeza-beza.
“Yanie mempunyai nada suara yang jelas, Asila dengan keharmonian suara “falseto” manakala Evie dengan suara serak-serak basahnya,” kata Izwan ketika ditemui di Menara Star, di sini minggu lalu.
Jika berpeluang selepas ini, mereka berharap untuk membuat video muzik. Itu pun jika ada pihak yang sudi menaja.
Menyentuh tentang lagu tersebut, Izwan akui iramanya berkonsepkan retro dan bernada rancak.
“Disebabkan ini merupakan projek pertama saya bekerjasama dengan artis Singapura dan pertama kali menggubah lagu sendiri, saya rasa agak tercabar apabila memikirkan cara untuk mengadun lagu yang banyak bahagian harmoni itu.
“Jika diikutkan tiada lagi lagu yang harmoni dan mencabar seperti ini dalam rekod peribadi saya,” ujarnya.
Izwan berkata, dengan keadaan industri muzik sekarang, dia lebih selesa menghasilkan single di bawah syarikat rakaman IP Music & Entertainment sebelum melengkapkan album penuh keduanya.
Sebelum ini, Izwan popular menerusi lagu Kembali Senyum dan Indah Lelapku
No comments:
Post a Comment