Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Thursday, December 16, 2010

Shila Amzah Lebih Selesa Berkawan Lelaki Berusia


Dikatakan sedang hangat bercinta dengan pemain muda pasukan harimau muda Haziq Zikri dan sering kelihatan bersama dalam majlis keraian, Shila Amzah tampil menafikan gosip tersebut.

Ujarnya, Zikri tidak lebih sekadar kawan. Mungkin andaian timbul apabila keduanya sering muncul bersama.

"Zikri bukan kekasih Shila, namun dia adalah kawan yang paling rapat buat masa ini. Tak dinafikan memang kami selalu keluar bersama. Namun dia muda daripada Shila dan perangainya masih kebudak-budakkan.

"Tak mungkin kami akan bersama sebab dalam berpasangan Shila tak boleh terima seseorang yang lebih muda. Lagipun lelaki ini lambat matang. Shila perlukan seseorang yang boleh membimbing.

"Lagipun tak sesuailah kami bersama sebab dia pun tak lama berada di Malaysia dan dia pun tak mungkin suka Shila (ketawa). Mak Zikri pun tak kisah keluar gosip antara kami sebab dia tahu kami memang rapat tapi tak adalah sampai bercinta," jelasnya yang turut berkawan rapat dengan Fizo Omar.

Lebih selesa bersendirian buat masa ini, jadual aktiviti yang padat menyukarkan Shila melapangkan masa bersama yang tercinta.

"Masih terlalu awal untuk fikirkan soal cinta dan kahwin. Kalau Shila sudah ada calon pun mungkin lagi empat tahun baru fikirkan soal kahwin.

"Susah sebenarnya nak bercinta sebab kerja Shila tak tentu masa dan tak semua boleh faham. Bukannya boleh selalu dating macam orang lain. Bukan salah untuk bercinta cuma bila bercinta ia akan menganggu reputasi dan tak bagus untuk karier.

"Dan Shila elakkan bercinta dengan orang dalam industri sebab terlampau banyak berita perceraian dan perpisahan selebriti yang keluar setiap hari.

"Shila tak mencari tapi kalau berjumpa yang sesuai, syukurlah," ujarnya lebih selesa dikenali sebagai Shila Amzah dan bukannya Shila OIAM.

Bukan Artis Iklan

Perjalanan kariernya tidak seindah yang diduga. 10 tahun bergelumang menggapai peluang dan baru kini bakatnya mula dipandang. Dan kini muncul pula suara sumbang mengatakan rezeki yang datang atas bantuan ayahnya, N.D. Lala. Cerita makin hangat apabila Shila diangkat menjadi duta terbaru Safi Balqis Perfect 10.


"Shila tahu ada yang gelarkan Shila artis iklan. Banyak yang masih merendahkan kredibiliti dan bakat yang ada. Shila ambil masa 10 tahun untuk sampai ke tahap ini. Ada yang hanya ambil tiga tahun. Shila lalui jalan yang sukar dan masih banyak yang perlu dicapai.

"Tak benar Shila dapat bantuan ayah atas segala hasil yang diperolehi. Ayah tak ada masa nak melobi kerana banyak lagi kerja penting yang harus dilakukan," ujarnya yang bakal muncul dengan album baru yang mengisahkan kisah hidupnya.

google: Shila Amzah facebook, Shila Amzah artis seksi, gambar terkini Shila Amzah, gosip terkini Shila Amzah, skandal terkini Shila Amzah, Shila Amzah artis hot

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...