Tetapi, kisah kontroversi yang melanda dirinya mengalahkan artis-artis yang lebih makan garam dulu daripadanya.
Satu per satu cerita panas menghimpit Nabil sehinggakan ia telah mengaburi bakat istimewa yang ada dalam dirinya.
Antara sedar atau tidak, kegemilangan yang pernah dikecapinya kini semakin malis.
Ramai yang mengatakan semuanya berpunca daripada dirinya sendiri yang 'menempah maut' di atas segala kisah kontroversi yang berlaku.
Terbaru, kes gambar ciumnya bersama seorang wanita telah menggemparkan industri hiburan tanah air dan menjadi perdebatan di alam maya.
Namun, Nabil menafikan gambar itu adalah dirinya. Malah, dia sendiri mengangkat bahu dan menggelengkan kepala sebagai isyarat tidak mengenali wanita yang dikaitkan dengannya dalam foto itu.
Kesan yang terhasil daripada penyebaran foto yang didakwa Nabil sebagai permainan teknologi moden itu telah menyebabkan hubungannya bersama pelakon dan model jelita, Irma Hasmie terlerai selepas hampir dua tahun menyemai cinta bersama.
Bertemu dengan anak jati Negeri Sembilan itu pada rakaman program Anda Ada 60 Saat di KRU Studios, Cyberjaya, baru-baru ini, pemuda berusia 27 tahun itu dengan tenang menjawab segala pertanyaan daripada pihak media.
Jauh sekali hendak melenting dengan soalan-soalan panas yang diajukan kepadanya, Nabil dilihat selesa untuk mengambil pendekatan yang berhemah dalam memberikan justifikasinya.
"Pertama sekali, saya tidak mahu lagi mengulas tentang isu gambar itu kerana ia adalah kisah silam yang tidak perlu diungkit lagi. Apa yang berlaku biarkanlah ia berlalu.
"Susah sebenarnya mahu puaskan hati semua pihak. Kalau kita tidak buat, tetapi dikatakan kita yang melakukannya. Jadi, adalah lebih afdal untuk terus diam dan tidak perlu memanjangkan lagi kisah yang berlaku.
"Apa yang berlaku saya menganggapnya sebagai satu ujian Allah SWT untuk saya muhasabah diri dalam menjadi seorang yang lebih baik. Saya perlu meneruskan hidup dan mencari rezeki untuk disuapkan kepada keluarga saya di kampung.
"Kalau saya asyik duduk termenung dan memikirkan segala perkara yang berlaku kepada saya, memang dapur tak berasaplah jawabnya," demikian kata Nabil sewaktu membuka bicaranya pada tengah hari itu usai rakaman program tersebut.
google: Nabil facebook, skandal terbaru nabil, gambar terbaru nabil, nabil bercinta, nabil ada kekasih baru, nabil putus cinta
No comments:
Post a Comment