Dia yang berjaya ke AJL25 dengan lagu Hanyut dan Selamat Malam mahu menyanyikan lagu tersebut dengan susunan muzik asal tanpa membuat sebarang perubahan.
“Saya akan menyanyikan kedua-dua lagu tersebut seperti biasa dan tidak akan mengubah susunan muzik asal untuk AJL25 ini. Saya suka susunan asal kedua-dua lagu tersebut.
“Lagi pula orang dah biasa dengar lagu tersebut dengan muzik itu dan lebih mudah bagi saya untuk membawanya. Namun begitu untuk malam tersebut saya akan beri persembahan berbeza dan ia masih dalam perancangan,” ujarnya.
Dalam pada itu, Faizal turut mengakui bimbang dengan angka giliran yang agak rapat antara kedua-dua lagu tersebut.
“Selepas cabutan angka giliran, saya mula rasa risau kerana persembahan saya agak rapat. Lagu Selamat Malam berada pada kedudukan tempat kelapan manakala Hanyut pada kedudukan ke 12.
“Risau takut tak sempat buat persiapan, ini akan menguji tahap profesional saya sebagai penghibur yang bukan sekadar menyanyi tapi dari segi mental. Kalau persembahan biasa ia tiada masalah dan kurang tekanan berbanding dengan pertandingan,” katanya.
Pada tahun lalu Faizal mencipta kontroversi apabila memohon kepada pihak TV3 untuk menukar giliran persembahannya dengan Tomok daripada tempat ke 9 kepada tempat ke 14.
Dalam pada itu Faizal berharap kesihatan tidak terganggu menjelang acara berprestij tersebut nanti.
“Saya bimbang tentang kesihatan sahaja sekarang. Saya pula mudah dapat penyakit. Apa yang penting ialah untuk jaga kesihatan sehingga hari pertandingan tersebut,” katanya.
Sementara itu, AJL25 kali ini menyenaraikan 14 buah lagu yang akan dipersembahkan oleh 13 finalis solo dan berkumpulan.
Lagu yang akan bertanding ialah Cinta Sempurna nyanyian Yuna dan ciptaan dia sendiri, Berlari (Tomok/ Tomok & Shazee Ishak/ Tomok), Pelita (A.P.I/ Loque), Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir/ Edry Abdul Halim), Drama King (Meet Uncle Hussain & Black/ Taja/ Tun Teja), Noktah Cinta (Hafiz/ Ajai/ Sheikh Qalam), Tolong Ingatkan Aku (Ana Raffali).
Turut terpilih Selamat Malam (Faizal Tahir/ Audi Mok/ Faizal Tahir), Ku Ada Kamu (Adira/ Edry Abdul Halim), Extravaganza (Bunkface/ Sam Bunkface/ Bunkface), Sofea Jane (Black/ Sham Kamikaze & Iswandy/ Farril), Hanyut (Faizal Tahir/ Audi Mok/ Faizal Tahir), Jahat (Stacy/ Edry Abdul Halim) dan Mencari Konklusi (Hujan/ Noh Hujan).
google: Faizal Tahir facebook, Faizal Tahir artis hot, gambar terkini Faizal Tahir, gosip terkini Faizal Tahir, skandal terkini Faizal Tahir, Faizal Tahir masuk final juara lagu.
No comments:
Post a Comment