Kemudian, tidak sampai pun seminggu, tersebar pula gambar cium mirip Nabil dan Uqasha sehingga memberi tekanan buat gadis berusia 18 tahun yang ingin bernafas di bidang lakonan ini.
Tidak meminta kontroversi itu berlaku, anak kelahiran Kuala Lumpur ini menegaskan dia sebenarnya tidak ada kaitan langsung dengan insiden masalah cinta Nabil.
Kata Uqasha atau dengan panggilan Qasha, dugaan yang diterimanya bertimpa-timpa tanpa sebab dan sekali gus, sedikit sebanyak telah merosakkan reputasinya sebagai seorang pelakon baru.
“Alhamdulillahlah saya tidak lagi tertekan dengan hal itu. Cuma saya ingin menjelaskan saya tiada kaitan langsung dengan kes putus cinta Nabil.
“Walaupun masih baru dalam lakonan, ia sedikit mengganggu perjalanan seni saya apabila penerbit-penerbit drama mempersoalkan kehadiran saya kerana mereka bimbang ia akan menjejaskan produksi mereka.
“Bagaimanpun pun saya tak kisah dengan apa orang cakap kerana hal itu telah pun terjadi. Sekarang misi saya ialah mengasah bakat yang ada untuk menjadi pelakon yang berkaliber,” tegasnya.
Selain itu, ujar Qasha, dia sedih kerana adiknya yang juga merupakan seorang pelakon, Nik Zaris Nelydia turut terkena tempias daripada kontroversi tersebut.
“Kesian juga dekat dia kerana orang tak sudah-sudah tanya. Tapi alhamdulillah dia memahami dan dia tidak kisah.
“Setakat ini mama saya dan Zaris yang banyak memberi dorongan serta semangat kepada saya. Malah mama tidak menghalang saya daripada terus berlakon. Cuma dia nasihatkan saya agar lebih berhati-hati dan anggap perkara ini sebagai satu pengajaran yang besar buat saya,” katanya.
Tambah Qasha, tatkala dirinya mahu bangun dengan semangat baru, jauh di sudut hati, dia takut jika nama Nabil akan membayangi dirinya.
Masih lagi berkawan dengan lelaki itu, kedua-duanya lebih selesa tidak berjumpa dengan terlalu kerap agar masyarakat tidak memberi andaian negatif terhadap mereka.
Cuma, tegas Qasha, walaupun Nabil kini solo, dia langsung tidak terfikir untuk menjadi teman wanita Nabil kerana terasa dirinya masih muda untuk bercinta.
“Memang diakui, saya takut dibayangi Nabil. Contohnya orang akan tanya “Uqasha mana yang berlakon? Oh, Uqasha Nabil ke?”, itu yang saya tak nak. Tapi nak buat macam mana bukan? Saya terpaksa terima kerana saya tidak boleh menutup mulut orang.
“Buat masa ini kami masih lagi berkawan. Tetapi Nabil bukanlah cinta hati saya. Umur saya baru 18 tahun. Perjalanan saya masih panjang lagi dan saya tidak utamakan cinta. Senang kata, hati ini tidak dimiliki oleh sesiapa lagi,” katanya.
Sementara itu, Qasha pernah berlakon dalam drama Radio Gaga (RTM), Ampang Medical (NTV7) dan Lukisan Hati (DVD). Dalam pada itu Qasha juga merupakan seorang model bagi iklan DIGI, coklat Cadbury serta Ajinamoto.
Ditanya apakah perancangan Qasha untuk mengukuhkan diri sebagai pelakon, katanya dia ingin mendapatkan sebanyak mungkin tawaran drama agar dapat mengasah bakat lakonannya dengan lebih cepat.
Malah Qasha mempunyai impiannya yang tersendiri di mana dia begitu teringin mahu berlakon di samping pelakon popular, Shaheizy Sam.
“Saya begitu meminatinya dan ingin belajar bagaimana cara Sam menghayati setiap watak yang diberikan. Ini kerana lakonan yang dibuat begitu natural dan karakter yang dibina juga menjadi,” tuturnya.
google: Uqasha facebook, Uqasha artis seksi, Uqasha berpakaian seksi, skandal terbaru Uqasha, gambar terbaru Uqasha
No comments:
Post a Comment