Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Tuesday, December 14, 2010

Majlis Pertunangan 'Kejutan' Shuib Buat Siti Sarah


Mengambil iktibar dari pengalaman silam, penyanyi Siti Sarah Raisuddin, 26, enggan terlalu terbuka bercerita tentang cinta barunya.

Sebelum ini, dia pernah putus tunang dengan jejaka berasal dari New Zealand, Mohd Harith Fuad Robinson.

Kini Sarah telah meninggalkan kisah silamnya.

Yang penting dia sedang berbahagia dengan tunangnya, Shahmira Muhammad, 26, atau Shuib (Raja Lawak) selepas mereka melangsungkan pertunangan pada 16 November lalu di kediaman keluarga Sarah di Kuala Selangor.

Bukan sengaja menyorok berita pertunangannya daripada pihak media sebaliknya penyanyi lagu Kesetiaan ini menerima kejutan daripada pihak Shuib.

"Saya sebenarnya tak sangka daripada nak membuat majlis merisik sahaja, terus jadi majlis bertunang. Jika ikut perancangan, keluarga Shuib hendak datang merisik sahaja.

"Tetapi tanpa diduga rombongan mereka datang dengan membawa hantaran. Jadi, saya dan keluarga terus bersetuju," kata Sarah ketika ditemui pada sidang media pelancaran produk kesihatan Balung Natural Herbal di Hotel Concorde, di sini, Isnin.

Sarah dengan produk Balung yang dilancarkan di Hotel Concorde, Isnin.

Biarpun begitu, kedua-dua pihak belum menetapkan tarikh pernikahan mereka. Kemungkinan mereka akan berkahwin pada tahun hadapan.

"Saya pihak perempuan, jadi tak manis untuk memberitahu tentang tarikh pernikahan kami. Saya hanya menyerahkan kepada Allah.

"Mungkin kami akan membincangkan tentang majlis ini selepas Shuib selesai kerjanya dalam tempoh dua bulan lagi kerana sekarang dia sangat sibuk," ujarnya yang turut sibuk dengan pencarian material untuk single terbarunya.

Menduga sebab yang membuatkan hati Sarah terpaut pada Shuib, anak kepada aktor Raisuddin Hamzah ini berkata lelaki itu tidak pernah mengongkongnya.

"Apabila bersama Shuib, saya tidak perlu memakai solekan dan dia menerima siapa saya. Dia juga mempunyai perwatakan yang berbeza semasa berlakon dan di luar.

"Dia layan saya seperti orang biasa. Saya sangat suka dirinya yang bersederhana dalam melakukan setiap perkara. Dia juga menghormati keluarga saya," katanya.

Tambahnya: "Saya mengenalinya pada Oktober 2009 semasa membuat rakaman program Gelak Khas untuk Astro Warna.

"Selepas itu, dia menelefon bapa saya dan buat pengakuan untuk berkahwin dengan saya dan mencintai saya. Jarang ada orang berani telefon bapa saya."

Menyentuh tentang perkembang terbaru Sarah, dia bakal membikin single terbaru selepas berkahwin dengan Shuib. Ini merupakan lagu terbarunya selepas lima tahun tidak muncul dengan album baru.

google: Shuib facebook, skandal terbaru shuib, siti sarah facebook, siti sarah artis seksi, aiti sarah artis hot, siti sarah bertunang, shuib sepah bertunang, shuib raja lawak bertunang

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...