Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Saturday, December 18, 2010

Nurul Syuhada Yakin Vanidah Mampu Kukuhkan 'Nona'


Bekas Pengacara Nona, Nurul Syuhada Nurul Ain yakin pengacara baru rancangan itu Vanidah Imran mampu mengalas tanggungjawab sebagai pengantara program berbentuk majalah tersebut untuk musim depan.

Jelasnya, Vanidah merupakan seorang pelakon hebat dan mampu menarik lebih ramai penonton bagi membantu meningkatkan rating program tersebut.

“Saya percaya dia mampu bawa dengan cara tersendiri, kita kenal dia sebagai pelakon yang hebat dan ramai peminat, dia juga mempunyai aura sendiri dalam bidang pengacaraan.

“Bagi saya Nona sendiri ada pengikut setia namun untuk meningkatkan rating sebenarnya tidak boleh meletakkan tanggungjawab pada pengacara tetapi pengisian program tersebut,” jelas Nurul ketika ditemui pada majlis memperkenalkannya sebagai jurucakap produk kosmetik Avon, di Hotel Hitlon di sini, Jumaat.

Bagaimanapun, menurut Nurul Syuhada, tugas pengacara bukan sahaja sebagai pengantara tetapi juga sebagai sebahagian dari pasukan tersebut.

“Dahulu kami juga bertindak sebagai wartawan penyiaran, kami terlibat secara langsung dengan segmen di Nona, jadi perasaan mungkin berbeza berbanding hanya pengantara semata-mata.

“Lebih banyak kesan emosi apabila kita berada bersama di lokasi penggambaran, misalnya ketika episod gempa bumi di Yogjakarta rating agak tinggi,” ujarnya yang mengacarakan Nona pada tahun 2006 dan 2007.

Kahwin

Diusik dengan persoalan peribadi, wanita berusia 26 tahun ini memberitahu belum lagi mempunyai perancangan untuk berumah tangga dalam masa terdekat ini.

“Saya belum lagi merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat sebab terlalu sibuk dengan kerjaya. Mungkin dalam masa empat tahun lagi,” ujarnya yang pernah dikaitkan dengan calon angkasawan negara Mejar Dr Faiz Khaleed.

Nurul Syuhada yang baru dilantik sebagai jurucakap Avon turut menzahirkan rasa bangga kerana terpilih mewakili produk tersebut.

“Saya membesar dengan Avon terutamanya ketika zaman belajar. Malah ketika saya dipilih menjadi jurucakap produk kecantikan itu, saya sangat tidak menduga.

“Maklumlah, sebelum ini nama-nama besar seperti Erra Fazira dan Nasha Aziz yang memegang gelaran tersebut,”jelasnya.

Selain itu Nurul mengakui Avon bukan hanya sekadar produk kosmetik yang dekat di hati pengguna, malah pihak syarikat itu turut menjalankan aktiviti sosial dan kempen kemanusiaan.

google: Nurul Syuhada facebook, Nurul Syuhada twitter, Nurul Syuhada artis hot, Nurul Syuhada artis seksi, gambar terkini Nurul Syuhada, skandal terkini Nurul Syuhada, gosip terkini Nurul Syuhada, Nurul Syuhada pengacara Nona

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...