Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Thursday, May 19, 2011

Zizan Nin Terkejut Dituduh Beraksi Lucah


Pelakon Zizan Nin terkejut apabila dikatakan sebagai individu yang terlibat melakukan adegan lucah dengan seorang lelaki sehingga tersebar di Internet.

Kata Zizan, dia sendiri tidak tahu tentang kewujudan video tersebut dan menganggap perkara itu sengaja ingin diperbesar-besarkan oleh pihak yang tidak berpuas hati dengannya.

"Tak mungkin saya melakukan perkara seperti itu. Dengan kecanggihan teknologi masa kini, macam-macam perkara boleh dilakukan jika ada pihak ingin memburukkan seseorang.

"Mungkin, saya di antara mangsa teknologi tersebut. Bagaimanapun, saya sendiri belum melihat video yang diperkatakan itu," katanya.

Tambah Zizan, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya video yang diperkatakan itu masih lagi disebarkan.

"Jika mereka masih lagi membuat kejahatan hanya kerana mahu memburuk-burukkan nama saya, sudah pasti mereka tidak boleh lari daripada menerima balasan.

Baru-baru ini wujud khabar angin yang mengatakan kononnya video lucah membabitkan Zizan dengan seorang lelaki tersebar di beberapa blog sehingga kerana video tersebut, rumah tangga pelakon tersebut dikatakan bergolak.

Bagaimanapun, Zizan berkata, kehidupannya bersama isteri yang merupakan penyampai berita Edisi 7, Fazilah Hani Harun, masih lagi bahagia.

Ditanya pula mengenai perancangan Zizan untuk memiliki seorang anak sebagai pelengkap keluarga, pelakon ini tidak merancang ke arah itu.

"Walaupun sudah setahun kami berumah tangga (sejak 19 Mac 2010), saya dan isteri tidak pernah membuat perancangan untuk memperoleh anak. Sebaliknya kami hanya berserah kepada Tuhan. Jika ada rezeki, Alhamdulillah," tuturnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...