Dia yang pernah digosipkan bercinta dengan pelawak itu bagaimanapun turut gembira dengan perkembangan hubungan pasangan selebriti tersebut.
“Mana ada saya cemburu atau berkecil hati dengan mereka, bagi saya mereka berdua masih single dan tiada halangan jika mereka mahu bercinta sekalipun.
“Saya dan Zizan dahulu hanya berkawan rapat sahaja tiada hubungan istimewa antara kami, cuma ramai yang salah anggap tentang hubungan kami sahaja,” ujarnya.
Diana juga menganggap kenyataan-kenyataan daripada Zizan kepada media adalah hak peribadinya.
Bagaimanapun, dia memberitahu perkara tersebut tidak menjejaskan hubungan persahabatannya dengan artis itu.
Dalam pada itu, Diana turut menafikan hubungan percintaannya dengan pelawak tersebut mendapat tentangan daripada keluarga Zizan.
“Tentang soal itu kena tanya sendiri dengan Zizan sebab saya tidak tahu. Saya hanya berharap tahun baru ini dapat memulakan sesuatu yang baru untuk hidup saya.
“Yang pasti saya akan lebih berhati-hati untuk bercinta atau bercerita tentang soal peribadi kerana takut disalah anggap,” ujarnya yang sedang dalam penggambaran filem terbaru 3, 2, 1 Cinta.
Zizan dan Juliana Evans di Anugerah Seni Kebangsaan 2010
“Ini filem pertama saya dan Alhamdulilah mendapat sambutan menggalakkan. Bagi perkembangan lain saya sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri Jangan Pandang Belakang Congkak dan filem 3, 2, 1 Cinta terbitan MIG Production Sdn Bhd,” katanya.
google: Diana Amir facebook, gambar Diana Amir, Diana Amir seksi, Diana Amir berpakaian seksi, Diana Amir bercinta, zizan bercinta dengan juliana, gambar zizan bercinta, gosip Diana Amir, skandal terbaru Diana Amir, juliana seksi
No comments:
Post a Comment