Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Saturday, January 8, 2011

Ikram Dinzly Terbawa Watak Ke Luar Lokasi


Pelakon drama Ayoub, Iqram Dinzly mengakui sering terbawa-bawa watak yang sedang dilakonkannya sehingga ke luar set penggambaran.

Katanya, dia sukar mengawal keadaan apabila terlalu menjiwai sesebuah watak terutamanya watak-watak yang agak berat dan mencabar.

"Saya sukar mengawal keadaan, jika saya berlakon watak baik saya mahu kalau boleh beberapa drama yang saya lakonkan dalam masa yang sama juga watak baik.

"Kalau watak berbeza saya agak sukar nak dapat membawanya dengan baik sebab saya selalu menjiwai watak itu hingga ke luar lokasi. Misalnya watak Ayoub telah menjadikan saya Ayoub juga ketika di luar.

"Saya akan terikut-ikut perangai Ayoub yang suka duduk di rumah apabila berada di rumah dan yang penting ia lebih menginsafkan saya," katanya menceritakan watak itu adalah watak seorang yang baik.

Kata Iqram, momentum itu berubah apabila dia mendapat watak-watak antagonis seperti yang dilakonkan dalam filem Apokalips baru-baru ini.

"Sebab itu ketika saya dapat watak antagonis, saya lebih suka ambil watak-watak yang sama dalam drama-drama yang saya lakonkan pada masa yang saya. Ini kerana momentum lakonan saya mengikut watak-watak itu.

"Oleh itu saya tidak mahu watak yang berbeza-beza dalam satu tempoh yang sama sebab sukar untuk menjiwainya," kata jejaka kelahiran Ipoh, Perak ini.

Dalam pada itu, Iqram yang kelihatan susut berat badan mengakui sering ditegur tentang perkara tersebut. Katanya ia adalah disebabkan dia terpaksa membawa tiga karakter penting yang sedang dilakonkan sekarang.

"Ramai yang tegur saya kurus tapi saya tidak pula rasa begitu, cuma saya aku ada penurunan beberapa kilogram dari dahulu. Mungkin terlalu sibuk bekerja dan membawa tiga karakter dalam satu masa iaitu karakter diri sendiri, Ayoub dan Nur Firdaus Kencana dalam drama Sakti Delima.

Bercerita tentang kahwin, Iqram mengakui memasang impian untuk mendirikan rumah tangga namun masih belum bersedia untuk membimbing seorang wanita yang bergelar isteri.

"Setiap orang ada impian untuk berkahwin, saya juga ingin sebuah keluarga tapi bukan buat masa ini sebab belum cukup bersedia untuk membimbing seorang isteri.

"Saya perlu bimbing diri sendiri dahulu sehingga bersedia untuk membimbing orang lain," katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...