Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Thursday, January 6, 2011

Fran berkonsert selepas 33 tahun


Setelah 33 tahun dalam industri muzik, baru tahun ini Francissca Peter atau Fran ditaja untuk mengadakan sebuah konsert sulung. Sebab itu dia ada sebab yang kukuh untuk berasa bangga walaupun tidak mendapat tajaan korporat yang banyak menaja konsert artis luar negara.

Lebih membuatkan Fran teruja kerana konsert sulung kala mencecah usia 33 tahun penglibatannya itu akan dipentaskan di Istana Budaya, sebuah pentas yang bukan semua penyanyi boleh masuk mengadakan konsert sulung. Fran memang layak ke situ.

Maka akan bergemalah alunan suara gemersik merdu Fran dengan lagu-lagu baladanya pada 5 dan 6 Februari ini. Konsert yang dinamakan Konsert Keunggulan 33 Tahun Francissca Peter itu akan menampilkan 33 pemuzik dengan alunan 33 buah lagu pilihan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...