Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Sunday, January 2, 2011

Berakhir sebuah penantian - Marsha


ENAM tahun melayari bahtera sebagai anak seni, semuanya dilalui dengan tabah olehnya. Bagi sesetengah orang angka itu mungkin masih baru. Belum terlalu lama seperti orang lain.

Angka enam tahun itu juga membawa Marsha Milan Londoh mengenal sepak terajang industri seni tanah air yang kadangkala langsung tak enak untuk dilalui.

Bukan semua perjalanan yang dilaluinya manis. Ada kalanya dia tahu ramai yang masih memandang serong kepada dirinya. Lantas timbul cakap-cakap kurang enak yang mengatakan dia hanya menjual rupa dan bukan bakat.

Selama ada dalam industri ini, dia hanya bersandarkan kepada imej seksi untuk meneruskan kelangsungan hayat sebagai anak seni.

Cukup terkilan dengan cakap-cakap orang, Marsha tahu dia tak mungkin dapat memuaskan hati semua orang. Setidak-tidaknya dia juga tidak mahu terus dicaci dengan pelbagai kata nista yang tak berpenghujung.

Melihatkan raut manis wajah Marsha yang mencipta nama melalaui rancangan realiti Akademi Fantasia musim ketiga ini, bagai ada perkara besar yang cuba disorok.

Dia yakin berkat keikhlasan yang masih berbaki dalam hati kecilnya itu bakal memberikan sinar baru buat dirinya sempena tahun baru ini.

"Saya sudah penat dengar cerita kurang enak tentang diri ini. Orang tak pernah berhenti mengata itu mengata ini. Melabel saya yang bukan-bukan sehingga membuatkan rasa kecewa.

"Tapi inilah yang harus saya lalui. Saya tahu memilih jalan sebagai anak seni itu banyak dugaannya. Tak semua impian yang kita pasang akan tercapai sekelip mata.

"Paling tidakpun ramai yang masih belum yakin dengan bakat saya. Saban hari saya cuba jadi yang terbaik. Belajar sedikit demi sedikit untuk memperbaiki kekurangan diri.

"Ada yang langsung terus menjatuh hukuman dek kerana imej seksi saya. Saya cuba 'menjual' bakat semata-mata," kata Marsha lagi.

SeksiRAMAI yang tahu imej penyanyi kelahiran Berrien Springs, Michigan ini cukup seksi. Dia mungkin bukan anak seni paling berani memperagakan pakaian daring tetapi apa sahaja yang dipakainya pasti tak terlepas dengan pandangan orang.

Ada kalanya dia memakai baju yang cukup sopan. Tapi orang masih melabelkan dia seksi kerana memiliki seraut wajah penggoda. Tidak hairanlah ramai lelaki yang cukup meminati Marsha selama ini.

Enggan melatah dengan isu seksi yang dianggapnya basi, kata Marsha dia hanya memakai apa sahaja yang dirasakan selesa biarpun orang lain kurang enak.

"Soal pakaian memang soal sensitif di Malaysia. Tapi sebagai manusia biasa saya hanya mahu memakai apa yang saya rasakan selesa.

"Selagi keluarga saya tidak berkata apa-apa, saya akan tetap begini. Itu tak bermakna saya tidak menghormati orang lain memandangkan kita hidup bermasyarakat.

"Kalau awak tanya penat atau tidak, memang penat sebenarnya. Nak melayan cerita seksi, cerita daring termasuklah gosip-gosip lain yang tak berasas.

"Tapi saya tak ada pilihan. Bila masuk sahaja dalam industri ini, saya kena terima kutukan orang. Ada sesetengah orang yang langsung tak pernah jemu-jemu menghentam saya.

"Ada sahaja cerita buruk saya yang dijaja ke sana ke sini. Inilah sebenarnya perosak kepada keharmonian orang lain. Mamang saya marah tapi saya kena terima dengan tabah. Tak semua orang suka pada kita," kata Marsha panjang lebar.

Setiap kali menjelang tahun baru, dia tidak pernah lupa memasang niat untuk terus diberikan kekuatan mengharung cabaran tanpa sempadan ini.

Begitu juga tahun ini, kalau boleh Marsha mahu lebih dikenali orang berbanding dahulu memandangkan sebelum ini dia pernah tenggelam daripada ditelan populariti orang lain.

"Saya yakin 2010 merupakan tahun kebangkitan saya. Tahun 2011 pula saya mahu kembali mewarnai dunia seni tanah air dengan produk yang berkualiti memandangkan sudah ada perkara yang perlu saya hebahkan.

"Bagi mereka yang tak jemu-jemu menyokong saya selama ini sudah pasti budi mereka tak mungkin saya balas.

"Tak lupa juga kepada mereka yang sentiasa mencari salah saya, nilailah secara adil. Kalau boleh lihat juga bakat saya dan jangan terus jatuh hukuman," kata Marsha yang cukup popular dengan lagu Ruang Kedua ini.

PeribadiADAT sebagai anak seni, pergerakan Marsha bagaikan ada mata-mata yang mengekori. Semakin lama dia cuba melarikan diri semakin ramai yang memandang.

Ada juga cerita yang bertebaran mengatakan gadis yang baru sahaja menginjak usia 26 tahun ini sudah mempunya kekasih hati, pengubat kesunyian di hati.

Malah ada yang menyampaikan cerita kepada Pancaindera, Marsha kini menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lelaki kaya-raya yang memiliki kereta mewah.

Saat diajukan pertanyaan itu, ternyata Marsha bagaikan direnjat elektrik. Bagai ada batu dalam mulutnya untuk memulakan bicara. Mungkin benar atau mungkin juga dia terkesima mendengar cerita tak benar itu.

"Memang saya ada berkawan dengan seseorang. Masih berkawan dan tak dapat kalau boleh saya tak mahu buka mulut tentang isu itu. Bukan apa bimbang tak jadi kenyataan nanti.

"Jangan terus desak saya untuk buka mulut dalam hal ini. Saya tak mahu cakap apa-apa dengan cerita tu. Kalau betul, betullah. Kalau tak betu, sudah.

"Kalau boleh saya mahu orang hormat pendirian saya ini. Berilah peluang kepada saya untuk simpan sedikit kisah peribadi untuk diri sendiri. Ada kalanya tak semua cerita saya boleh kongsi.

"Saya tahu ramai orang di luar sana nak baca cerita yang sensasi. Kalau boleh sampai hal hidup dan cerita paling peribadi pun nak diketahui. Saya juga manusia biasa," kata Marsha lagi.

Tidak mahu terus dihimpit dengan cerita bercinta dan putus cinta, Marsha tidak lokek bercerita tentang lelaki idamannya.

Dia seboleh-bolehnya mahu mencari lelaki yang memahami dirinya sebagai hak masyarakat selain mencari lelaki yang benar-benar boleh menjaga dirinya sampai akhir hayat.

"Harus diingat saya tak kata saya menolak cinta. Saya hanya mahu menjadikan itu isu utama dalam melayari perjalanan sebagai anak seni. Banyak lagi perkara lain yang boleh diketengahkan," tegas Marsha lagi.

Bina karierMENJELANG 11 Januari ini, dia cukup teruja. Bagai ada tenaga baru dalam dirinya bercerita mengenai tarikh keramat itu kerana album solonya akan muncul.

Bagi sebahagian artis tanah air, kemunculan album solo merupakan satu penanda aras kepada sesuatu pencapaian. Persetankan hal jualan kerana itu bukan lagi isu besar yang harus dibanggakan.

Enam tahun menanti, akhirnya jerih perih memerah keringat sebagai anak seni seakan berbayar dengan kemunculan album Yang Pertama.

Hanya mengandung lima buah lagu, Marsha yakin angan-angannya selama ini bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi.

"Memang saya bersyukur akhirnya album saya keluar menemui peminat. Kalau nak tahu penantian saya bukannya sekejap, lebih enam tahun baru saya boleh lakukannya.

"Dulu saya bernaung di bawah pengurusan Maestro. Kalau ada yang masih ingat penangan Mawi ketika itu sudah cukup untuk menenggelamkan saya dan orang lain.

"Bila habis sahaja kontrak, saya tercampak ke syarikat lain. Kena tendang sana sini, pergi buat itu dan ini dan macam-macam perkara teruk yang berlaku pada saya.

"Kata orang kalau kita sabar kita akan dapat hasilnya. Inilah hasil kesabaran saya setelah melalui banyak cerita yang tak berapa nak elok. Memang tak dapat nak digambarkan betapa leganya hati saya dengan semua ini.

"Dulu saya cukup malu bila jumpa peminat. Mereka akan tanya bila album nak keluar. Tak pernah berhenti soalan yang sama ditanya sampaikan saya kelu lidah nak jawab.

"Ada ketikanya sampaikan pada satu masa saya sendiri sudah tebal muka nak jawab soalan yang sama. Sakit sangat rasanya hati ini berdepan dengan perkara begini.

"Tapi kali ini saya teruja sebab impian saya selama ini dah tercapai. Dengan ada album baru nanti bolehlah saya teruskan kesinambungan yang ada. Harap-harap lepas ni orang akan mula buka mata pada saya dan bukan cerita peribadi lagi," jelas Marsha.


google: Marsha facebook, Marsha artis seksi, Marsha berpakaian seksi, Marsha seksi, gambar terkini Marsha, skandal terbaru Marsha, gosip terbaru Marsha

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...