Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Wednesday, January 5, 2011

Tom bangkit semula


APABILA menyebut nama Tom yang menjuarai musim ketiga MyStarz LG anjuran TV3, pasti akan mengingatkan kita pada kontroversinya yang berlaku tahun lalu.

Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram pernah dipukul tanpa belas kasihan di tepi jalan kerana dituduh kononnya menjalin hubungan dengan suami orang.

Selepas peristiwa itu, Tom menjadi perbualan ramai kerana kontroversi pada bulan Julai lalu yang terpalit dalam diari hidupnya dan terus menenggelamkan bakat Tom yang sebenar.

Cerita Tom ketika ditemui di majlis pelancaran album sulungnya, Redha, baru-baru ini, dia reda dengan segala apa yang berlaku ke atas dirinya.

Kisah hitam yang berlaku keatasnya itu tidak sekali pun mematahkan semangatnya untuk terus berjuang dalam bidang yang dicintainya itu.

“Saya ikhlas menyanyi dan kalau boleh mahu dikenali dengan bakat yang ada, bukan kerana kontroversi begitu.

“Saya tidak pernah mencari kontroversi semata-mata untuk popular kerana saya bekerja keras dengan mempamerkan bakat saya untuk menceburi industri ini.

“Saya yakin saya dapat menutup kembali kontroversi itu dengan bakat yang saya ada,” ujar Tom yang pernah memenangi beberapa anugerah ketika mewakili Malaysia ke pertandingan World Championship Of Performing Arts (WCOPA) di Los Angeles tahun lalu.

Dia bersyukur keluarga dan rakan-rakan sentiasa memberi sokongan terhadapnya kerana mereka lebih mengenali Tom yang sebenar.

Walau bagaimanapun ujar Tom, dia tidak akan sesekali boleh melupakan apa yang pernah mereka lakukan kepadanya kerana bagi Tom, ia memang dahsyat dan tidak berperikemanusiaan.

Akibat dari peristiwa itu, dia pernah fobia untuk keluar rumah seorang diri dan hanya mampu menghadap dunia dengan lebih berani kembali seminggu selepas kejadian.

Sejak peristiwa itu, Tom sering menerima SMS pelik-pelik berunsur ugutan dari nombor yang tidak dikenalinya membuatkan dia sering menukar nombor telefon agar hidupnya tidak diganggu lagi.

Mengambil keputusan untuk tidak terus mendiamkan diri, ujar Tom, kes ini telah dipanjangkan ke pihak berkuasa dan pihak polis sudah mula menjalankan siasatan dan menunggu masa untuk ke mahkamah.

Tom berniat untuk menegakkan kebenaran agar golongan seperti yang pernah memukulnya itu tidak sewenang- wenangnya mencabuli undang-undang dan memperlakukan wanita sedemikian rupa.

“Saya tidak akan sesekali berdiam diri. Tunggu saja kes ini dibawa ke mahkamah kerana mereka telah menghina dan mencemar maruah saya tanpa belas kasihan,” ujar janda beranak satu ini.


google: Tom facebook, tom seksi, tom artis seksi, skandal terbaru tom, kekasih tom suami orang, tom berpakaian seksi, album baru tom

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...