Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Wednesday, January 5, 2011

Persiapan Jamal menjelang konsert solo J2011-Lagenda


Raja Pop Malaysia, Jamal Ubaidillah Ali, 51, membuat persiapan rapi menjelang persembahan konsert solonya, J2011-Lagenda di Istana Budaya pada 7 hingga 10 Januari ini.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Jamal Abdillah berkata, sesi latihan dijalankan di dalam studio bersama para pemuzik yang bakal mengiringinya sepanjang empat hari berlangsungnya konsert itu.

"Selain latihan bersama para pemuzik dan artis undangan, Datuk Dr. Ahmad Nawab, saya juga menjalani latihan fizikal.

"Bersama anak, Ahmad Zaki Yamani yang berusia lima tahun saya berjoging sejauh dua kilometer setiap hari," katanya ketika mengunjungi pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini.

Katanya, lokasi beliau berjoging dengan anaknya adalah sekitar Bukit Tunku dan beliau memilih waktu pagi untuk melakukan aktiviti berkenaan.

"Sebenarnya saya tengok juga keadaan cuaca. Selalunya saya keluar joging sebelah petang tetapi kerana keadaan cuaca yang tidak menentu iaitu hujan di sebelah petang, saya tukar kepada waktu pagi," katanya.

Menurut Jamal, berjoging merupakan sebahagian daripada amalan hidup sihat yang dipraktikkannya.

Tidak seperti kebanyakan individu yang akan ke gimnasium untuk mengekalkan bentuk badan, Jamal akan melakukan senaman ringan dengan mengangkat Ahmad Zaki seolah-olah kanak-kanak itu adalah dumbbell.

Sambil ketawa Jamal berkata, Ahmad Zaki akan didukungnya dan dijulang untuk senaman tangan.

"Apabila saya lakukan ini, dia akan terhibur kerana baginya saya bergurau dengannya," ujarnya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...