Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Sunday, January 2, 2011

Saya tak ada sugar daddy - Yasmin


Heroin filem Jalang, Yasmin Khanif menafikan dia mempunyai sugar daddy yang membiayai kehidupannya pada usia semuda 22 tahun tetapi mengakui sudah mempunyai sebuah syarikat produksi filem, Yasmin Khanif Production.

Yasmin juga sudah bergelar penerbit untuk filem sulungnya berjudul Cempakayang menelan belanja RM3.5 juta. Malangnya, filem yang dilancarkan pada awal tahun lalu pula terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakan.

Namun, orang tetap akan bertanya, banyakkah pendapatan buat pendatang baru seperti Yasmin yang hanya berlakon satu filem? Tak sampai setahun jadi artis, sudah ada rumah, kereta dan syarikat perniagaan sendiri.

"Saya tidak ditaja oleh sesiapa, atau punya sugar daddy yang memberi wang untuk menanggung saya setiap bulan. Segala kemewahan yang orang lihat pada saya didapati hasil titik peluh sendiri.

"Semuanya bukan pemberian atau belas ihsan orang lain. Saya yang bertungkus lumus untuk mendapatkan apa yang diingini selama ini. Jual bakat dan mencari ke merata projek untuk bisnes sendiri.

Anak kelahiran Kuala Lumpur ini memberitahu bahawa kehidupannya cukup sederhana dan tidak pernah bermegah-megah seperti mana yang dicanangkan.

Menyentuh tentang 'penaja' berpangkat Datuk yang bertanggungjawab melaburkan sejumlah wang untuk syarikat produksi miliknya itu, Yasmin diam seketika.

"Baiklah, saya mengaku bahawa syarikat produksi itu memang ditaja oleh seorang Datuk tetapi segala urusan dilakukan saya sepenuhnya. Saya buat dari A hingga Z. Untuk pengetahuan, dia adalah pembiaya kewangan sepenuhnya untuk filem Cempaka.

"Bagaimanapun tidak lama kemudian, hati kecil saya mengatakan Datuk ini sebenarnya penipu. Pelaburan bernilai kira-kira RM100,000 sebagai wang pendahuluan filem Cempaka saya itu macam ada agenda tertentu," jelasnya.

Yasmin turut mendakwa bahawa hubungannya dengan lelaki berusia 43 tahun itu hanya sekadar teman bisnes. Tidak lebih daripada itu. Malah mereka tidak pernah keluar berdua-duaan kerana dia sering ditemani ahli keluarga lain.

"Dengar sini, saya tidak pernah ada skandal atau berkasih dengan Datuk itu. Dan dia bukan seorang sahaja Datuk yang pernah berurusan dengan saya sebelum ini.

"Saya pernah buat laporan polis pada 22 Disember tentang kelakuan Datuk itu. Dia menyerbu masuk rumah saya di Kota Damansara ala gengster membuatkan kami sekeluarga menggigil ketakutan.

"Jadi saya rasa sedih apabila dia mengeluarkan kenyataan yang bukan-bukan tentang saya. Mahu saya buat kenyataan maaf secara terbuka, untuk apa semua itu? Saya kan tiada hubungan istimewa dengan dia," tegas Yasmin berkali-kali.

Kata Yasmin, prinsip hidupnya tidak sesekali merampas suami orang yang sudah punya keluarga sendiri. Tidak juga menjaja cerita istimewanya dengan mana-mana lelaki yang bertujuan untuk meraih publisiti murahan.


google: Yasmin Khanif facebook, Yasmin Khanif seksi, Yasmin artis seksi, Yasmin pasang sugar daddy, Yasmin ada sugar daddy, gosip terbaru Yasmin, skandal terbaru Yasmin, Yasmin berpakaian seksi, gambar seksi Yasmin

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...