Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Saturday, March 19, 2011

Farina tak mudah mengalah


Nama Farina mungkin tidak gah sebagaimana rakan-rakan yang lahir bersama-samanya daripada program Akademi Fantasia. Namun dia tidak mudah berputus asa berusaha menempatkan diri dalam bidang seni.

Sekarang dia baru muncul dengan single baru berjudul Yang Benar, sebuah lagu yang menggambarkan perasaan cinta wanita. Single tersebut terbitan BME Entertainment.

Dia bertuah kerana lagu ciptaan Intan Shaharuddin itu mendapat sentuhan komposerr terkenal Audi Mok selaku penggubah muzik. Omar K pula bertindak selaku penerbit.


"Saya menyerahkan kepada pihak syarikat untuk mencari penerbit dan penggubah muzik untuk melengkapkan lagu ini.

"Saya selesa menyanyikan lagu yang menggunakan gitar sebagai muzik dominan ini," kata Farina.

Farina memilih konsep pop yang senang didengar kerana ia sangat sesuai dengan kemampuan vokal dan jiwanya.

Dia tidak mahu dikatakan hanya hadir sebagai penambah bilangan penyanyi wanita, sebaliknya mahu membawa muzik yang digemari oleh pendengar.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...