Ditemui di majlis pelancaran program Si Kecil Ku...Chak!!, menurut Sazzy kehadirannya petang itu adalah untuk memberi sokongan pada rakan baiknya, Dynas.
Mengakui kerap letih di saat ini, Sazzy bagaimanapun teruja menantikan kelahiran anak kembarnya itu bulan hadapan. Sibuk membuat persiapan untuk pasangan bayi perempuan ini, Sazzy bukan sahaja berdebar, tetapi turut tidak sabar.
"Minggu ini bilik untuk bayi saya ini akan di lukis dan dihias, kami gunakan cat yang tidak meninggalkan bau dan tidak mengandungi bahan-bahan yang boleh mendatangkan keburukkan kepada bayi.
"Banyak juga persiapan telah kami lakukan, semuanya disebabkan terlalu tak sabar menanti mereka keluar.
Dalam sibuk menyediakan persiapan, Sazzy mengakui suaminya kini terlalu sibuk dengan tugasnya, kerana berdepan dengan beberapa projek besar.
"Nash memang sedang sibuk, dan saya tidak kisah jika dia sibuk bekerja sekarang. Saya beritahunya, jika mahu sibuk sekarang ini saya tidak kisah asalkan dia boleh berikan seratus peratus masanya selepas saya bersalin.
"Saya mahu dia sentiasa ada sewaktu anak-anak kami lahir nanti, walaubagaimanapun, ibu menasihatkan saya mencari pembantu rumah kerana dia yakin saya tidak mampu menguruskan kedua-dua anak tanpa bantuan sesiapa.
Bercerita soal kandungannya, menurut Sazzy dia tidak mempunyai sebarang masalah sepanjang mengandung sulung ini. Namun, di hujung-hujung usia kandungannya ini, dia sering bermimpi.
"Mungkin juga kerana saya terlalu teruja menunggu kelahiran mereka sehingga terbawa-bawa dalam mimpi, saya pernah bermimpi, saya keluarkan salah seorang daripada mereka dan bermainnya dan kemudiannya saya memasukan balik kedalam perut semula," ujarnya sambil ketawa.
No comments:
Post a Comment