Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Thursday, March 10, 2011

Hafiz AF8 Baru Putus Cinta!


Bagi peminat setia Hafiz AF8, mereka semestinya tahu tentang gosip yang melanda juara Akademi Fantasia musim kelapan ini sedikit masa lalu.

Anak kelahiran Sarawak ini pernah dikaitkan bercinta dengan seorang pelakon sambilan, Fifi Azman. Aksi mesranya di dalam beberapa keping gambar yang tersebar di ruangan internet beberapa bulan yang lalu membuktikan ada hubungan istimewa antara mereka berdua biarpun kedua-duanya cuba menyangkal perkara itu. Bertemu Hafiz di dalam sidang media yang dianjurkan oleh pihak Astro baru-baru ini, sempat bertanya Hafiz mengenai hubungannya bersama Fifi. Enggan mengulas lanjut, menurut Hafiz hubungan mereka kini hanya sebagai teman sahaja.

"Dulu saya tidak pernah mengaku tentang hubungan saya dan dia, mungkin kerana fikirkan soal cinta, tapi sekarang ini secara jujurnya saya mengaku bahawa kami pernah bercinta beberapa bulan yang lalu, tetapi sekarang ini sudah pun berpisah.

"Sebab perpisahan? Tak perlulah saya jelaskan, yang penting kami masih lagi berhubung dan berkawan. Saya mengenali Fifi sebelum saya menyertai AF8 lagi. Setelah lama berkawan, barulah kami ambil keputusan untuk bercinta, tapi malangnya hubungan itu tidak lama.

"Semua orang pernah bercinta, begitu juga dengan saya sekarang, cuma saya masih belum bersedia untuk umumkannya pada umum. Lagipun umur saya baru sahaja menjangkau 21 tahun, jadi tak manis kalau asyik bercerita soal cinta," luah Hafiz.

Kurang popular

Kurang mendapat publisiti media berbanding dua orang temannya Akim dan Aril, menurut Hafiz dia gembira dengan tahap popularitinya sekarang. Biarpun masih berada di tahap populariti yang sama beberapa tahun ini, jelas Hafiz dia tetap berbangga dengan apa yang dimiliki sekarang.

"Saya mengaku, antara Akim, Aril dan saya, sayalah yang paling kurang mendapat publisiti. Bukan saya sengajakan namun, rezeki mereka lebih banyak di bidang lain. Seperti Akim dan Aril, kedua-dua mereka banyak berlakon dan ada yang mengacara, jadi muka mereka sering keluar di televisyen.

"Saya tak kisah, yang penting lagu-lagu saya diterima dan peminat masih mengenali saya sebagai Hafiz yang dulu.

"Ramai yang ingatkan saya, apabila AF9 keluar nanti maka peminat saya akan lari kepada pelajar-pelajar yang baru, dan bila ada juara baru yang muncul nanti, maka juara lama akan dilupakan, tetapi ia tidak melemahkan semangat saya.

"Saya tidak rasa tergugat dengan mereka, malah saya jadikan itu semua satu saingan yang sihat, selain saya yakin peminat-peminat saya sebelum ini akan tetap menyokong saya," jelas Hafiz.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...