Jumlah tersebut mengatasi kutipan filem Cicak-Man 2 yang mengutip RM300,000 pada hari pertama tayangan.
Cicak-Man 2 juga merupakan filem kedua arahan Yusry Abdul Halim yang diterbitkan oleh KRU Studios.
Presiden Eksekutif KRU Studios, Norman Abd. Halim ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini berkata, kutipan tersebut diperoleh hasil tayangan filem itu di 69 buah pawagam di seluruh negara termasuk dua di Brunei.
Katanya, kutipan tersebut sekali gus meletakkan HMM yang pembikinannya menelan kos RM8 juta sebagai filem tempatan terlaris pada hari pertama tayangan pada dekad ini.
Filem epik aksi yang membariskan pelakon Stephen Rahman Hughes, Gavin Stenhouse, Jing Lusi, Datuk Rahim Razali, Ummi Nazeera, Nell Ng, Khir Rahman, Craig Fong, Jehan Miskin, Umie Aida dan Mano Maniam itu juga akan ditayangkan di 72 buah negara.
Menurut Norman, berdasarkan kutipan memberangsang pada hari pertama itu, pihaknya menyasarkan HMM mampu meraih kutipan sebanyak RM2 juta selepas empat hari tayangan.
"Syukur Alhamdulillah kerana sambutan yang diberi terhadap HMM di luar dugaan. Ia mengatasi kutipan filem-filem terbitan KRU Studios yang lain seperti Cicak-Man 1, Cicak-Man 2, Jin Notti dan Magika.
"Berdasarkan prestasi ini, insya-Allah HMM mampu meraih kutipan lebih lagi sepanjang tempoh wajib tayang berlangsung. Kami sasarkan kutipan sebanyak RM8 juta dalam tempoh dua minggu tayangan," katanya.
Norman berkata, jika sasaran tersebut berjaya dicapai, ia merupakan sejarah bagi KRU Studios kerana sebelum ini kutipan filem terbitan mereka yang tertinggi adalah Cicak-Man 1 sebanyak RM5.1 juta.
No comments:
Post a Comment