Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Monday, January 31, 2011

David melampau - Khir


PRESIDEN Persatuan Pekerja Professional Filem Malaysia (Profima), Khir Mohd. Noor bertegas untuk tidak meminta maaf kepada produser David Teo. Meskipun dia didakwa mengeji filem terbitan David Teo menerusi syarikat MIG Production (MIG), Khir tidak mahu melayan permintaan David itu.

Dalam sebuah akhbar baru-baru ini, Khir membuat kenyataan bahawa pihaknya tidak ada sebarang pencalonan daripada MIG untuk Anugerah Profima yang diadakan Selasa lalu.

Bila ditanya kepada David, alasan dia tidak menghantar sebarang pencalonan kerana terkilan dengan kritikan Khir terhadapnya selama ini.

Disebabkan itu, Khir menyifatkan penerbit filem itu bersikap seperti budak-budak dan keterlaluan.

"Sebab apa saya kena meminta maaf kepada dia? Tak relevan langsung dan sangat melampau. Buat apa saya akur dengan permintaan dia sebab maklumat yang dia dapat itu salah sama sekali.

"Dia cakap saya kutuk filem dia. Hei, bila masa pula saya merendah-rendahkan filem dia? Saya tak pernah kutuk filem dia. Kalau benar saya lakukan perkara itu, tolong bagi bukti,'' kata Khir penuh berapi.

Apa yang menyebabkan dia cukup terkilan apabila David mencampur -adukkan soal peribadi dengan soal masa depan industri. Apatah lagi melibatkan tenaga kerja MIG yang juga merupakan ahli Profima.

Baginya, itu adalah sikap paling tidak profesional daripada orang berpengaruh dalam industri. Sebab benda kecil itu juga boleh menjahanamkan industri perfileman tanah air yang semakin tenat dalam menghasilkan karya-karya terbaik.

Bahas Ahli Lembaga Penasihat Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) ini, dia tidak pernah menyekat mana-mana syarikat produksi untuk menyertai Anugerah Profima yang dahulunya dikenali sebagai Anugerah Oskar.

Semuanya terpulang kepada penerbit sama ada untuk menghantar seberapa banyak karya untuk dipertandingkan pada Malam Anugerah Profima yang berlangsung pada Selasa lepas.

"Apa yang dia hendak bimbangkan tentang soal penjurian? Saya tidak terlibat langsung dalam bab itu sehinggalah hari ke-13, bila mana semua ahli jawatankuasa bersidang buat kali terakhir sebelum pertandingan.

"Saya difahamkan daripada pihak juri bahawa filem MIG ada yang mendapat tiga anugerah, bagaimanapun, David menarik balik pencalonannya atas sebab silap faham ini. Itu sudah cukup mengecewakan saya.

"Sebabnya, setiap filem yang dipertandingkan turut melibatkan penyertaan ahli Profima. Bila dia buat begitu, kesianlah pada ahli yang terlibat,'' jelasnya lagi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...