Bagaimanapun, projek tersebut masih lagi dalam perbincangan. Prism telah memikirkan penyanyi tempatan yang akan terbabit dalam projek tersebut iaitu Shila Amzah dan Nabil Zamanhuri (Mentor).
Mengikut perancangan kedua-dua penyanyi itu akan merakamkan album dengan artis dari Filipina dan Kazakhstan.
“Kami sedang merancang untuk merakamkan sebuah album melibatkan artis dari negara kita dan luar negara. Kami telah membuat beberapa pemilihan artis dan mencadangkan Shila dan Nabil.
“Kami mengharapkan projek ini dapat membantu mempromosikan kepelbagaian budaya dalam negara kita,” kata Pengurus Besar Prism, Ong Peng Chu.
Kata Ong, dia melihat album Shila mempunyai peluang untuk dipasarkan di China.
“Kita mahu menonjolkan bagaimana artis Melayu menyanyikan lagu Cina untuk dibawa ke sana atau lagu Melayu diberikan kepada artis luar negara untuk dinyanyikan dalam bahasa mereka,” ujarnya.
No comments:
Post a Comment