Seperti memperlihatkan tingkah laku yang kurang sopan, Akim juga dikatakan sudah dilarang melakukan persembahan di negara Darul Salam itu.
Ini bukan kali pertama anak kelahiran Johor ini diperkatakan sebegini, sebelum ini Akim juga pernah dikatakan berkelakuan dingin dan kurang mesra bila di hadapan orang ramai, malah Akim juga pernah dikatakan bersikap sombong dengan artis senior di sebuah majlis di luar ibu kota.
Berkali-kali dikatakan sombong, kurang ajar,dan tidak beradap, Akim seakan tidak pernah mengubah menyesali perbuatannya itu.
Menghubungi Akim, sedikit kecewa apabila seringkali di lemparkan dengan gosip yang bisa menjatuhkan nama baiknya dalam bidang muzik ini. Tidak pernah berniat untuk bersikap kurang ajar,dia sudah cuba mengubah cara pergaulannya demi memuaskan hati semua pihak.
Jom kita ikuti apa kata Akim:
"Saya agak terkejut bila cerita saya membuang hadiah daripada peminat sewaktu mengadakan persembahan disana keluar di surat khabar baru-baru ini, sedangkan saya sudah setahun setengah tidak mengadakan persembahan disana.
"Ia sama sekali tidak benar, tak mungkin saya membuang hadiah yang peminat saya berikan kerana saya sangat menghargai setiap pemberian orang pada saya.
"Mungkin ketika itu, peminat terbabit tersalah pandang, kebiasaannya bila ada peminat yang menghulurkan hadiah daripada bawah pentas, saya akan letakkannya di bahagian tepi supaya tidak terpijak sewaktu membuat persembahan.
"Tetapi selepas habis persembahan, saya akan ambil hadiah itu dan bawa pulang. Jadi saya fikir, mereka tidak biasa dengan keadaan itu,"jelas Akim.
Di Halang Membuat Persembahan di Brunei?
"Selepas habis persembahan itu, ada juga beberapa kali saya di panggil untuk membuat persembahan di negara itu, tapi atas sebab-sebab kesibukkan, saya terpaksa tolak.
"Saya juga tidak pernah mendapat apa-apa surat ataupun di beritahu bahawa saya tidak lagi dibenarkan untuk membuat persembahan di sana, sehinggalah saya mendengar cerita ini minggu lepas,"jelasnya.
Minta Maaf
"Terlalu banyak cerita tentang sikap saya sebelum ini, jadi di kesempatan ni saya nak minta maaf pada semua yang terasa hati dengan sikap saya.
"Saya cuba memperbaikinya dari hari ke hari, dan saya harap setiap peminat memahami cara saya.
"Sebagai manusia, saya tidak terlepas daripada melakukan kesalahan, jadi sepanjang bekerja saya minta ampun dan maaf pada seluruh peminat sama ada di dalam Malaysia, ataupun dari negara luar, dan sokonglah saya untuk menjadi yang terbaik untuk anda semua,"luah Akim
Perkembangan Terbaru
"Saya baru saja menandatangani kontrak sebagai Duta Hotlink selama setahun dan akan keluar dengan single terbaru yang berjudul,Janji.
"Seperti mana, Inilah CInta, Janji juga adalah hasil sentuhan saya sendiri,"jelasnya lagi.
No comments:
Post a Comment