Daripada 1,000 peserta yang menghadiri uji bakat, salah seorang daripadanya adalah sepupu kepada bintang AF3, Marsha Milan Londoh iaitu Brenda Londoh turut hadir ke lokasi uji bakat AF9 sehingga berjaya mara ke peringkat terakhir uji bakat.
Selain itu juga, adik kepada anggota Fabolus Cat, Zizi yang juga bintang AF7 turut dikenal pasti menghadiri uji bakat kali ini.
Difahamkan bahawa adik bintang berkenaan, bukanlah pertama kali menyertai uji bakat kerana dia pernah disenarai pendek ketika penganjura AF8 tahun lalu.
Dalam pada itu, bekas peserta Keynote, Aqasen juga hadir pada hari kedua uji bakat untuk turut sama-sama mencuba nasib. Walaupun begitu, nasib nampaknya tidak menyebelahi Aqasen kerana dia hanya berjaya mara ke peringkat pertama uji bakat.
Apapun, Aqasen yang datang bersama adik perempuannya masih boleh tersenyum gembira kerana adik Aqasen berjaya menjejaki nasib sebagaimana adik Zizi AF7 dan sepupu Marsha yang mara ke peringakat tertinggi uji bakat.
Perjalanan uji bakat AF9 memberi impaknya tersendiri. Mereka hadir dengan semangat waja semata-mata ingin merubah nasib sebagaimana Stacy, Adira, Lotter dan Rich yang semakin selesa bergelar penyanyi.
Lebih istimewa lagi apabila sambutan uji bakat secara online dilihat mendapat sambutan baik masyarakat Sabah selepas lebih 10 peserta yang terus ke peringkat 2 uji bakat AF9 tanpa perlu beratur dan menjalani proses uji bakat di peringkat pertama.
Uji bakat peringkat pertama telah diadili oleh Cat Farish dan guru vokal, Cikgu Mimi. Manakala peringkat kedua pula ditapis oleh Cikgu Shafi dan Edry Hashim.
Peringkat ketiga pula menyaksikan komposer terkenal, Aidit Alfian dan pelakon Radhi Khalid berganding bahu sebagai juri profesional.
Mereka yang berminat untuk menyertai uji bakat AF9, boleh hadir ke lokasi terakhir uji bakat di Stadium Bukit Jalil yang akan diadakan pada 11 hingga 13 Februari ini.
No comments:
Post a Comment