Utuh memasuki musim penganjurannya selepas sedekad, Anugerah Skrin 2010 (ASK 2010) merupakan antara majlis terunggul di dalam lipatan sejarah industri tanah air yang sentiasa ditunggu-tunggu penganjurannya saban tahun.
Anugerah paling berprestij dekad ini bukan sahaja membei pengiktirafan trofi yang menjulang bakatpenggiat-penggiat seni dan karyawan tanah air, malah, cetusan konsep dan identiti yang berlainan dan segar yang ditampilkan setiap kali penganjurannya menyerlahkan lagi keunggulan majis tersohor ini.
Anjuran Stesen Televisyen Malaysia Berhad (TV3), AnSK 2010 bakal berlangsung dengan gilang-gemilang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 24 Disember 2010 ini dan akan bersiaran secara langsung menerusi TV3 bermula jam 9 malam.
Selain itu, para penonton juga boleh melayari laman web www.tv3.com.my ataupun www.tonton.com.my yang akan memaparkan klip menarik di sebalik takbir, kemeriahan hamparan merah dan penyampaian anugerah secara langsung. Sementara itu, pendengar radio turut boleh mengikuti Anugerah Skrin 2010
menerusi siaran Hot FM, selaku radio rasmi acara berprestij ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad Dato' Sri Farid Ridzuan berkata, Pentas seni sentiasa penuh dengan warna-
warni dan liku-liku perjalanan yang mencabar di dalam memperjuangkan industri tanah air.
"Apa yang penonton dapat lihat di layar perak merupakan hasil kerja keras anak-anak seni yang terlibat di dalam penghasilan sesebuah drama dan filem. Walaupun di sebalik perjalanan dalam menghasilkan karya yang bermutu, seribu satu kisah terpaksa ditempuhi demi menyudahkan produk yang berkualiti dan diiktiraf ramai.
"Melalui penganjuran yang diadakan saban tahun, kita dapat melihat betapa relevan dan pentingnya peranan anugerah paling berprestij dekad ini d dalam pembangunan seni perfileman, drama dan industri kreatif demi untuk meningkatkan keupayaan semangat dan tenaga kreatif tempatan.
"Setiap majlis anugerah berprestij pasti memerlukan pengacara majlis yang berkaliber dan mampu mengendalikan majlis sebaik mungkin. Anugerah Skrin sering menampilkan pengacara majlis yang berbeza untuk memberikan kelainan setiap kali penganjurannya.
"Tahun ini, pastinya para peminat turut sama teruja untuk menyaksikan gandingan hebat dua pengacara dan pelakon tersohor iaitu Awal Ashaari dan Vanidah Imran yang masing-masing mempunyai keunikan dan kepetahan yang tersendiri untuk mengemudikan majlis penganugerahan seperti ini," katanya dalam majlis sidang media ASK 2010 yang telah berlangsung di Hotel Empire, Subang Jaya, petang semalam.
Farid menjelaskan lagi, Tahun ini juga merupakan kali kedua Anugerah Yasmin Ahmad dipertaruhkan di dalam kategori Anugerah Khas Juri.
"Nama ini diambil sempena menghargai jasa arwah Yasmin Ahmad dalam sumbangannya menghasilkan konsep filem yang berkualiti dan memperkenalkan
bakat-bakat baru di dalam filem terbitannya.
"Justeru, trofi ini akan dianugerahkan kepada bakat baru yang berpotensi untuk pergi lebih jauh di dalam industri tanah air. Sementara itu, drama- drama yang dicalonkan pula adalah hasil penerbitan syarikat yang memenuhi slot-slot drama di semua rangkaian televisyen setiap minggu," katanya.
Selain rangkaian televisyen di bawah naungan Media Prima Berhad yang terdiri daripada TV3, NTV7, 8TV dan TV9, pihak penganjur juga turut menjemput stesen televisyen RTM dan Astro untuk sama- sama menyertai anugerah yang berprestij ini.
Kesemua rangkaian televisyen ini layak untuk menghantar penyertaan bagi terbitan drama dan terbitan dalaman yang pernah disiarkan di stesen televisyen mereka untuk merebut anugerah bagi kategori yang dipertandingkan mengikut syarat yang telah ditetapkan.
"Seperti yang pernah kami tegaskan sebelum ini, Anugerah Skrin bukanlah pertandingan antara stesen televisyen, tetapi drama dan terbitan yang disiarkan melalui stesen-stesen ini yang dipertandingkan. Kami merasa bangga kerana ASK 2010 turut mendapat kerjasama dan sokongan positif dari rakan- rakan stesen televisyen yang lain dan menerima banyak pencalonan yang menampilkan muka-muka baru dalam bidang ini.
"Ia merupakan satu petanda positif dalam meningkatkan mutu seni tanah air yang mana dengan adanya anugerah seperti ini, ia dapat menggalakkan penggiat-penggiat seni untuk berusaha lebih gigih lagi agar hasil karya mereka dihargai dan mendapat pengiktirafan. Kami berharap dengan adanya Anugerah Skrin ini, akan menyemarakkan lagi usaha pengiat seni tanahair untuk menerbitkan produk- produk yang lebih bermutu di masa akan datang," tambahnya.
Secara keseluruhan, ASK 2010 yang sekali ditaja oleh Pantene bakal mempertandingkan 24 kategori meliputi drama, filem dan penerbitan dalaman. 10 kategori drama bakal dipertandingkan termasuklah Anugerah Videografi Terbaik yang baru diperkenalkan pada tahun lepas.
Manakala jumlah Kategori Filem yang dipertandingkan kekal 7 kategori dan 6 kategori penerbitan dalaman. Calon-calon yang dipertandingkan pula terdiri daripada terbitan yang telah ditayangkan di kaca TV dan pawagam mulai 1 Julai 2009 hingga 30 Jun 2010 selain pencalonan drama yang berdasarkan catatan jumlah penonton yang berjaya diraih mengikut kajian AGB Nielsen Media Research mengikut 'genre' masing-masing.
Untuk kategori drama, 17 buah drama, 12 drama rantaian dan 5 drama komedi telah dicalonkan. Manakala untuk kategori filem pula 25 filem terbita tempatan layak dipertandingkan untuk ASK 2010 ini.
Antara telefilem yang layak bertanding seperti Taubat Nasuha, Bagaikan Sumayyah, Sebelum Akhirat, Masyitah, Kaki, Lillahi Ta'ala, Perempuan, Antara Garisan dan Selipar Jepun Suria. Manakala filem yang layak bertanding di dalam ASK 2010 adalah seperti Momok The Movie, Mualaf, Pisau Cukur, Evolusi KL Drift, Papadom, Lagenda Budak Setan, Setem, Belukar, Adnan Sempit, Kecoh Betul dan Santau. Semua pencalonan akan dinilai oleh panel juri profesional yang dipilih.
Ketua Pegawai Operasi Procter & Gamble Malaysia & Singapore Pantene, Ellie Xie berkata, pihaknya kami berbangga untuk menjadi penaja utama Anugerah Skrin sejak beberapa tahun dan teruja kerana anugerah ini telah dimartabatkan kedudukannya sehingga menjadi majli penganugerahan tersohor di dalam industri hiburan tanahair.
"Kami berasa gembira Pantene terlibat di dalam penganjurannya kali ini. Tahun ini juga memperlihatkan penganjuran pertandingan Pantene 14 Days Challenge yang bakal menyerlahkan lagi Anugerah Skrin 2010! Seramai 14 gadis terpilih akan dinilai melalui prestasi penjagaan rambut masing-masing dalam tempoh dua minggu dan diadili oleh orang awam.
"Untuk mengundi, anda hanya perlu memilih gadis-gadis yang tercalon dan berpeluang memenangi wang tunai bila anda menyusunkan peserta mengikut urutan siapa yang paling layak menang. Tempoh menyusun bermula pada 16 Disember - 19 Disember 2010 dan juara Pantene 14 Days Challenge yang bertuah akan membawa pulang hadiah-hadiah bernilai RM20,000. Untuk menyertai pertandingan ini sila layari laman web: www.tv3.com.my/ask2010," katanya lagi
No comments:
Post a Comment