Mereka terdiri daripada Datuk Sharifah Aini, Afdlin Shauki, Noh (Hujan), Rahim Maarof, Edry Abd Halim dan Erra Fazira yang akan bersaing dalam pencarian melahirkan seorang lagi juara Mentor pada musim ini.
Menurut Penerbit Eksekutif Mentor 5, Muhamad Sufian Isa, keenam-enam artis yang dipilih adalah mengikut genre yang tersendiri.
“Kami telah menyenaraikan 15 nama artis sebagai calon mentor, tapi hanya enam orang sahaja paling sesuai dalam mewakili genre muzik masing-masing. Malah mereka yang berani menyahut cabaran ini.
“Kami percaya enam mentor ini mampu melahirkan protoge yang lebih gemilang pada tahun hadapan,” katanya.
Dalam pada itu, Sufian memberitahu format rancangan dan pemarkahan masih dikekalkan seperti tahun-tahun lalu.
“Tiada sebarang pembaharuan kepada format rancangan ini. kekuatan Mentor adalah pada mentor-mentor itu sendiri dan bagaimana mereka menyusun strategi untuk mendidik protege mereka,” katanya.
Tambahnya, tekanan lebih terasa kerana jangkaan penonton untuk musim ini lebih tinggi berbanding musim-musim sebelumnya.
“Peningkatan jumlah penonton setiap musim juga menjadi tekanan kepada produksi untuk buat yang terbaik," katanya.
Sementara itu, Erra Fazira menyifatkan pertandingan ini sebagai peluang terbaik kepadanya untuk mencurahkan pengalaman sebagai anak seni.
“Ini masa yang sesuai untuk saya menurunkan ilmu kepada orang yang layak bergelar anak seni. Saya tidak mencari penyanyi tetapi mencari penghibur yang serba boleh,” katanya.
Afdlin pula mahukan seorang protege yang mampu memberikan sedikit unsur humor dan serba boleh di atas pentas.
“Seperti Erra juga, saya mahu seorang yang versatile tidak hanya mengutamakan vokal tetapi kepada personaliti sebagai bintang,” katanya.
Selain itu, Edriy memberitahu pencariannya lebih menekankan kepada anak muda mengikut genre pop.
“Saya mahu mencari seseorang yang mempunyai pakej sebagai persona bintang,” ujarnya.
Bagi Noh (Hujan), biarpun baru setahun jagung dalam dunia seni berbanding mentor lain, dia tetap akan memberikan yang terbaik.
“Saya akui agak gementar untuk bersaing dengan barisan mentor yang lain. Namun saya akan buat yang terbaik dan mewakili kaum muda dan aliran muzik berbeza,” katanya
No comments:
Post a Comment