Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Wednesday, December 8, 2010

Mawi Mahu Kembali Ke Dunia Nyanyian Dengan Idola


Sekian lama menyepi dalam bidang nyanyian, Juara Akademi Fantasia Musim Ketiga (AF3), Mawi dilihat semakin aktif menggiatkan diri sebagai penerbit drama.

Kesibukan mengendalikan produksi sendiri membuatkan namanya sebagai penyanyi semakin suram. Malah entah di mana silapnya, kehadiran ramai pelapis AF sedikit sebanyak menenggelamkan nama bintang yang pernah mencipta fenomena serta Tsumawi tersendiri ini.

Tidak pernah berkecil sebaliknya, jelas anak kelahiran Felda Taib Andak, Kulai, Johor ini, semua itu mengajarnya erti kematangan setelah bergelumung selama lima tahun sebagai anak seni.

Menganggap apa yang berlaku sebagai sesuatu yang biasa, Mawi mengakui ketiadaan album baru yang memakan masa selama setahun membuatkan peminat semakin alpa mengenai dirinya.

Namun jelas Mawi, segalanya akan berubah setelah kemunculan album barunya, Idola yang akan berada di pasaran pada pertengahan bulan Disember ini.

Mengetengahkan 12 buah lagu duetnya bersama idola antaranya Jamal Abdillah, Zamani dan M.Nasir, album tersebut turut memuatkan dua buah lagu iaitu Menanti Hikmah dan Barangkali.

"Saya tahu ramai yang menyedari nama saya sebagai penyanyi semakin suram. Saya tak menafikannya kerana ketiadaan produk baru. Peminat juga apabila berjumpa saya ada bertanya bila nak nyanyi semula kerana ramai yang lihat saya sibuk sebagai penerbit sekarang ini.

"Tapi alhumdulillah kemunculan album ini rasanya mampu mengembalikan saya semula ke dunia nyanyian. Album ini juga amat istimewa kerana mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan," katanya penuh bersemangat mengenai perancangan tahun baru yang bakal ditempuh tidak lama lagi.

Tambahnya, peminat juga berpeluang untuk menyaksikan kemunculannya menerusi konsert Idola yang akan disiarkan di Astro Ria tidak lama lagi serentak dengan kemunculan album tersebut.

"Peminat dapat menyaksikan konsert Idola yang akan disiarkan di Astro Ria tidak lama lagi. Konsert tersebut bersiaran selama tujuh minggu dan peminat dapat melihat saya berduet dengan kesemua artis yang terlibat dalam album Idola kelak," ujarnya dengan girang kepada murai.com.my.

Mawi ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri pertama produksinya, MW Entertainment Sdn. Bhd, Seruan Pulau Nami yang diadakan di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Masih belum berpuas hati dengan apa yang diperolehinya, lelaki berusia 29 tahun ini mahu melangkah selagi boleh menerokai industri seni yang dipercayai mampu menjana rezeki jika diusahakan dengan sebaik mungkin.

google: facebook mawi, skandal terbaru mawi, gambar terbaru mawi, album terbaru mawi, lagu terbaru mawi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...