Memilih tanggal 14 Januari 2011 untuk mengakhiri noktah cinta mereka, Rebbeca terharu dan gembira apabila dipertemukan Ilahi bersama duda berusia 42 tahun itu.
"Alhamdulillah setelah tiga tahun mengenali dia, saya terbuka hati untuk menerima lamarannya. Sikapnya yang penyayang dan mengambil berat terhadap anak-anak dan diri saya membuatkan hati saya terpaut. Saya yakin dia yang terbaik untuk saya," katanya ketika ditemui pada majlis sidang media pengumuman perkahwinannya di butik Harrods, KLCC.
Dilamar pada 25 Ogos 2010 yang lalu, kata aktres berusia 24 tahun ini, pengumuman perkahwinan tersebut diharapkan mampu melupuskan khabar angin yang mengatakan cintanya milik golongan VIP ataupun Datuk.
"Bakal suami saya hanyalah seorang peguam dan bukan seorang Datuk atau golongan VIP yang acapkali diperkatakan. Harapan saya dengan pengumuman ini akan menutup segala spekulasi yang sering kali melanda diri saya," katanya tenang.
Malah katanya, sebelum ini dia lebih selesa menyembunyikan identiti teman lelakinya kerana khuatir percintaan yang dibina terlerai di tengah jalan.
"Dulu orang tanya, saya tak suka nak dedah siapa teman lelaki saya sebab kita tak tahu sama ada percintaan itu akan berakhir dengan perkahwinan atau tak.
Macam-macam boleh berlaku jadi eloknya saya rasa lebih baik saya tak beritahu siapa teman lelaki saya. Apabila dah pasti, seperti hari ini saya umumkan kepada semua siapa bakal suami saya," tegasnya.
Teruja membilang hari istimewanya itu, jelas anak ketujuh daripada lapan beradik ini, dia sudah bersedia untuk menempuhi fasa baru dalam kehidupannya sebagai isteri serta ibu tiri kepada anak-anak Nor Azam.
"Saya sendiri dah ada anak angkat, Nor Adam Daniel jadi saya dah biasa dengan kehidupan seorang ibu. Saya juga tidak mempunyai masalah dengan kedua-dua anaknya.Tentang cabaran dalam rumahtangga, biasalah pastinya akan ada pasang dan surut serta cabaran, tapi saya yakin mampu mengendalikannya dengan sempurna," katanya yang tidak akan berhenti berlakon selepas mendirikan rumahtangga.
Malah jelas Rebecca, dia bersyukur dan berterima kasih kepada bakal suaminya kerana menghadiahkan sebuah rumah buat dirinya sempena perkahwinan tersebut.
"Dia mengotakan janji mahu membeli rumah sebagai hadiah perkahwinan kami. Rumah itu masih lagi dalam proses ubahsuai kerana lokasi pernikahan kami kelak akan diadakan di rumah tersebut," ujarnya yang memilih London sebagai destinasi berbulan madu.
Berbicara mengenai perkahwinannya kelak, Rebecca sambil tersenyum memberitahu, perkahwinannya itu akan akan diadakan selama tiga hari.
"Saya akan bernikah pada 14 haribulan Januari di Ampang, sehari selepas itu kami akan bersanding di Hotel Flamingo dan keesokkan harinya,kami akan mengadakan resepsi di Menara Kuala Lumpur," katanya.
google: Rebecca Nur Islam facebook, Rebecca artis panas, Rebecca artis seksi, Rebecca paling seksi, gambar seksi Rebecca, gambar terbaru Rebecca, Rebecca nak kahwin
No comments:
Post a Comment