Pakej Fotografi Bajonz Jambul

Followers

Berita Terkini

Saturday, December 11, 2010

Belum terfikir untuk bersara


MELIHATKAN dirinya yang begitu aktif membabitkan diri dalam dunia perniagaan lewat ini, ramai yang mengandaikan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin kini perlahan-lahan mengundurkan diri daripada dunia seni.

Sementelah, publisiti tentang dirinya juga semakin jarang kedengaran membuatkan ramai yang berpendapat penyanyi kesayangan ramai itu sudah mahu mengucapkan selamat tinggal.

Lebih-lebih lagi selepas dia mengambil keputusan muktamad untuk tidak lagi bertanding dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) bermula tahun depan.

Mengajukan persoalan tersebut kepada empunya diri, dia hanya mampu ketawa kecil sambil mengatakan dia belum bersedia untuk berbuat demikian.

“Hati saya masih dalam dunia nyanyian. Mana mungkin saya berhenti menyanyi dalam waktu terdekat ini. Cuma, pembabitan saya dalam bidang perniagaan adalah sebagai persediaan untuk masa masa depan seandainya saya tekad bersara daripada dunia seni.

“Buat masa ini, saya masih lagi mampu mengimbangi dua dunia saya ini. Sudah 15 tahun saya dalam bidang ini dan dunia perniagaan merupakan satu fasa baru buat saya untuk terus maju ke depan,” ujar pemilik rangkaian produk kecantikan, SimplySiti itu tanpa selindung.

Penyanyi bersuara emas itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Sity Avita di Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sity Avita merupakan sebuah perniagaan jualan langsung dari Singapura yang menggunakan jenama Avita. Hanya di Malaysia, perkataan Avita ditambah Sity di hadapannya sebagai tanda penghormatan kepada penyanyi tersohor negara itu.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Lee Xiang Yin dan adik ipar Siti yang merupakan Pengarah Urusan Sity Avita, Zaini Mohamad Jiwa.

google: Siti Nurhaliza facebook, Siti Nurhaliza artis mantap, gambar terbaru Siti Nurhaliza, gambar seksi Siti Nurhaliza, Siti Nurhaliza artis panas

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...