Jika artis lain enggan mengambil risiko menerbitkan album dalam suasana yang lembab seperti ini, namun penyanyi kelahiran Sarawak ini optimis tuah bakal menyebelahinya. Kata Dayang, penghasilan album tersebut adalah hasil pujukan daripada peminat yang cukup merindui buah tangan terbarunya.
"Memang saya tahu masa kini bukanlah mudah untuk kita menjual album. Tapi saya bernasib baik kerana peminat sendiri yang inginkan album dari saya. Setiap kali jumpa mereka akan bertanya bila album baru akan keluar, ada juga yang mengadu tak puas hanya memiliki lagu muat turun dari internet dan sebagainya.
"Jadi kerana itu saya kembali dengan album baru ini khas untuk peminat tersayang," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran album tersebut, Menara Musthapa Kamal, PJ Trade Centre, Damansara Perdana petang, semalam.
Album kelapan yang juga merupakan album terbitan syarikatnya sendiri iaitu DN &AD Entertainment Sdn. Bhd. ini menyaksikan gabungan sentuhan komposer baru dan sedia ada.
"Saya tak kisah untuk menerima lagu daripada komposer baru seperti Zain Almohdzar kerana bagi saya apa yang penting ialah lagu-lagunya sedap untuk didengar. Pemilihan Audi Mok dan Afdlin Shauki kerana saya dah biasa bekerja dengan mereka dan selesa. Apa yang penting kesemua lagu mempunyai kualiti dan memuaskan hati saya," jelasnya.
Lebih mengembirakan hati Dayang, apabila dia mendapat peluang untuk bekerjasama dengan komposer kelahiran Malaysia yang aktif berkarya di Amerika Syarikat iaitu Zuriani Khalid Zonneveld dan pengarah muzik antarabangsa, Chukii Booker yang pernah terlibat dalam pemibikinan album penyanyi Mary J Blige dan Lionel Richie.
"Saya sangat gembira kerana berpeluang untuk bekerjasama dengan mereka. Semuanya secara kebetulan apabila seorang peminat mahu memberikan lagu kepada saya.Apabila mendengar lagu yang diberikan saya cakap ia tak sesuai dengan saya.
"Dia kemudian bertanya kepada saya jika berminat mahu diperkenalkan kepada Zuriani. Zuriani telah menghantar lima buah lagu kepada saya dan saya telah memilih dua buah lagu yang salah satunya milik Booker iaitu My Sunshine dan Stay. Asalnya saya mahu menukar kedua-dua lagu kepada bahasa Melayu tapi 'feel'nya tak sesuai. Jadi saya hanya minta Zuraini menukarkan lagu My Sunshine kepada Kau Bintangku," katanya dalam nada girang.
Album berkonsepkan R & B itu, juga menyaksikan penyanyi berusia 29 tahun ini berduet bersama dua penyanyi popular Indonesia, Marcell serta Tompi menerusi lagu Sayang dan perlukan Cinta.
Bakal berada di pasaran penghujung bulan ini, album tersebut menampilkan 12 buah lagu. Antaranya ialah Sayang, Rahsia Cinta, Sabarlah, Kau Bintangku, Stay, Sempurna Selamanya, Hingga Ke Akhirnya, Saat Itu, Life With You, Perlukan Cinta dan Ku Temu Cahaya.
"Dalam album ini sebuah lagu lama nyanyian Freedom iaitu Mulanya Di Sini. Saya pilih untuk nyanyikannya semula kerana saya amat minat sangat dengan lagu tersebut. Peminat akan dapat berpeluang mendengar versi baru lagu menerusi cara nyanyian saya," katanya
google: Dayang Nurfaizah facebook, Dayang Nurfaizah artis seksi, gambar seksi Dayang Nurfaizah, skandal terbaru Dayang Nurfaizah, gambar terbaru Dayang Nurfaizah, Dayang Nurfaizah artis hot
No comments:
Post a Comment